Asal Kerajaan Melayu Jambi

Menurut Yijing [1], Melayu yang awal (dieja sebagai Ma-La-Yu dalam tulisan bahasa China 末羅瑜國) ialah sebuah kerajaan berdikari. Pada lewat abad ke-7 M, sami Yijing merakamkan bahawa kali kedua dia pulang semula ke Ma-La-Yu, ia telah ditawan oleh Srivijaya. Tambahan, Melayu telah mencapai kawasan-kawasan yang menghasilkan emas di daerah pendalaman Sumatra. Ini secara lambat menambahkan martabat Melayu yang berdagang pelbagai barangan tempatan, termasuk emas, dengan para pedagang asing. Perkataan Melayu telah dipahatkan (tahun 1286) pada sebuah patung Padang Rocore di muara sungai Muara Jambi[2]. Menurut Ensiklopedia Malaysia[3], tulisan India silam dalam Ramayana dan Vayu Purana (Abad ke-3 SM), perkataan bahasa Sanskrit 'Malayadvipa' (secara harfiah 'Pulau Melayu') telah disebut, merujuk pada Sumatra.

Sumber China

Rencana ini mengandungi teks bahasa Cina. Tanpa sokongan perisian tertentu anda mungkin melihat tanda soal, kotak atau simbol lain dan bukan aksara Cina.

Pada dinasti Yuan yang kemudiannya, perkataan Ma-La-Yu telah sering disebut (dalam sejarah China) untuk merujuk pada sebuah negara dari laut selatan dengan berlainan ejaan oleh sebab perubahan dinasti.

  • (Bahasa Cina: 木剌由) - Bok-la-yu, Mok-la-yu
  • (Bahasa Cina: 麻里予兒) - Ma-li-yu-er
  • (Bahasa Cina: 巫来由) - Oo-lai-yu (dikesankan dari sumber bertulisan sami Xuan Zang)
  • (Bahasa Cina: 無来由) - Wu-lai-yu

Sebahagian petikan dari Babad asal kerajaan Mongol Yuan (dalam bahasa Cina): Chronicle of Mongol Yuan

"以暹人与麻里予兒旧相仇杀,至是皆归顺,有旨谕暹人“勿伤麻里予兒,以践尔言"。

(dalam bahasa Melayu: Permusuhan muncul antara Siam dan Ma-la-yu dengan kedua-duanya mencekik sesama sendiri...)

Marco Polo

Dari buku Travels of Marco Polo, perkataan "Malauir" disebut untuk merujuk pada suatu kawasan di bahagian selatan Semenanjung Malaysia.

Sejarah Melayu

Perkataan Melayu disebut dalam Sejarah Melayu.

"Di sini sekarang adalah cerita sebuah bandar yang digelar Palembang di tanah Andelas (Sumatra). Ia diperintah oleh Demang Lebar Daun, seorang keturunan Raja Shulan, dan sungainya adalah Muara Tatang. Di pencapaian bahagian atas Muara Tatang adalah sebatang sungai yang bernama Melayu, dan di sungai itu ada bukit yang bernama Si-Guntang Mahameru'...."

Rujukan

WikiPedia: Kerajaan Melayu Jambi http://www.buddhist-canon.com/history/T510007c.htm http://www.fullbooks.com/The-Travels-of-Marco-Polo... http://www.gimonca.com/sejarah/sejarah01.shtml http://www.guoxue.com/shibu/24shi/yuanshi/yuas_210... http://www.jambiexplorer.com/content/History.htm http://www.pbase.com/image/41424428 http://www.indo.net.id/mbs/Indonesia_of_Old.htm http://www.encyclopedia.com.my/volume4/widercontac... http://www.sabrizain.org/malaya/malays4.htm http://www.sabrizain.demon.co.uk/malaya/malays4.ht...